RON97 naik 14 sen, RON 95, diesel kekal

RON97 naik 14 sen, RON 95, diesel kekal

Harga runcit bagi minyak petrol RON97 naik 14 sen seliter kepada RM2.79 bagi tempoh 1 Oktober 2018 hingga 31 Oktober ini.

Harga petroleum RON95 dan diesel pula kekal masing-masing pada RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.

Perkara itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di laman rasmi kementerian itu malam tadi.

Jun lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata harga RON95 dan diesel akan dikekalkan sehingga hujung tahun ini.

Mengenai RON97, Lim berkata harga bahan bakar itu akan berdasarkan kepada pergerakan pasaran.

Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah memperuntukkan RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.

Ia selaras dengan manifesto PRU14 yang antara lain berjanji untuk menstabilkan harga bahan api dengan menanggung subsidi bagi mengekalkan harga runcit petrol dan diesel dalam tempoh 100 hari selepas berkuasa.

credit : Berita Harian ( 1 Oct 2018)

Komen