ROGOL ANAK, LELAKI DIPENJARA 15 TAHUN, 10 SEBATAN

ROGOL ANAK, LELAKI DIPENJARA 15 TAHUN, 10 SEBATAN

LAHAD DATU; 9 JULAI 2019 (Selasa) – Seorang bapa dipenjara 15 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Lahad Datu, kelmarin kerana merogol anak kandungnya, antara Mac dan April, tahun lepas.

Hakim Zaini Fisal menjatuhkan hukuman itu ke atas Ibarahim Palembang yang berusia 53 tahun selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak perempuannya berumur 16 tahun 4 bulan (sewaktu kejadian) di Kawasan semak di Blok Ladang Sawit Bagahak 1, diantara pukul 9 hingga 12 tengah hari antara bulan Mac dan April 2018.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Don Stiwin Malanjum.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan bermula dari tarikh ditangkap pada 10 April 2018.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengajak mangsa ke kawasan Blok Ladang Sawit yang mempunyai Liputan telefon bagi menghubungi adik dan kakak mangsa yang berada di Jakarta.

Tertuduh kemudian menolak dan merogol mangsa di kawasan semak serta memberitahu mangsa agar tidak memberitahu kepada sesiapa berkenaan kejadian terbabit.

Mangsa yang risau ekoran tidak datang bulan memberitahu ibunya tentang perbuatan ayahnya sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Tungku pukul 6.03 petang bagi menangkap tertuduh.

#BESTAWAUfm

Komen