RM50 juta naiktaraf Streamyx di Sabah

RM50 juta naiktaraf Streamyx di Sabah

MOHD Sainal Mohd Amin (berdiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kaamatan TM Sabah di Hotel Ming Garden. – Foto Khairull Azry Bidin

KOTA KINABALU: Sejumlah RM50 juta diperuntukkan Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi menaiktaraf kawasan liputan perkhidmatan Streamyx di Sabah tahun ini.

Pengurus Besar TM Sabah, Datuk Mohd Sainal Mohd Amin, berkata ia sebahagian daripada usaha syarikat berkenaan bagi menambahbaik kemudahan itu untuk dimanfaatkan rakyat negeri ini.

“Untuk tahun ini, fokus utama kita untuk menaiktaraf infrastruktur telekomunikasi sedia ada bagi memperluaskan kawasan liputan Streamyx untuk kemudahan pelanggan.

“Kita akan menggunakan beberapa teknologi untuk tujuan ini, dengan penumpuan kepada teknologi tanpa wayar,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Aidifitri Kaamatan TM Sabah, di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor.

Mengenai pengguna Unifi di Sabah, Mohd Sainal berkata, keseluruhannya terdapat 70,000 pengguna perkhidmatan itu di negeri ini merangkumi pengguna persendirian dan entiti perniagaan.

“Kita juga akan memperbaiki perkhidmatan Unifi pada tahun ini dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
-bharian

Komen