Rezeki Jaket Hitam Bundle

Rezeki Jaket Hitam Bundle

#MyTawau
Ruly Sibat Masiga
rulygold@gmail.com

Rezeki dari Ilahi datang dalam pelbagai cara dan ini terjadi apabila seorang pemuda menemui wang tunai sebanyak 90,000 Won (RM300) ketika membeli jaket berwarna hitam dari kedai bundle berhampiran rumahnya.

Pemuda berkenaan yang ingin di kenali sebagai Sam Harley berkata, dia terkejut apabila menemui wang berkenaan selepas menunaikan solat Maghrib.

Katanya, dia membeli jaket hitam tersebut dengan RM30 dan membawanya pulang ke rumah untuk di cuci.

“Saya mao simpan kunci moto dalam jaket tuh..eh terjumpa pulak kertas yang rupanya duit Korea”

“Saya terkejut melihat wang tunai tersebut tetapi tahu nilai nya tidaklah banyak kerana pernah menukar duit Won yang di berikan oleh famili yang berkerja d Korea sebelum ini. Setelah membuat kiraan dan tahu nilai duit itu dalam RM terus mengambil gambar dan memuat naik di Facebook (FB) 1020hrs pagi ini,” katanya ketika ditemui di Jalan Cowei Bay, hari ini.

Sam Harley menemui wang tunai dalam Jaket Hitam Bundle.
FOTO Ihsan *Ruly Sibat Masiga*

Mengulas lanjut, Sam Harley berkata, penemuan wang itu adalah rezeki buatnya selepas kegemaran nya membeli pakaian bundle lebih 20 tahun.

Kata Sam Harley lagi yang dia tidak menemui apa-apa pengenalan diri pemilik asal jaket hitam tersebut kecuali hanya duit itu sahaja pada poket jaket hitam tersebut.

“Wang itu akan saya gunakan untuk membuat modal bagi membeli barangan bundle yg rare dan menjual semula di Online”.

“Saya belum menukar wang berkenaan kerna belum ada kelapangan masa untuk berbuat demikian” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 January 2019

Komen