RANGKUL ANAK MUDA UNTUK BERSAMA MELAKSANAKAN AKTIVITI KESUKARELAWANAN

RANGKUL ANAK MUDA UNTUK BERSAMA MELAKSANAKAN AKTIVITI KESUKARELAWANAN

TAWAU_ 28 OGOS 2019 | Alhamdulillah malam ini adik-adik daripada Kolej Komuniti Tawau turut hadir bersama menyantuni para mangsa kebakaran di Kg Otentik Tg Batu dengan berkongsi rezeki hidangan makan malam. Hati begitu teruja melihat anak-anak muda ini turun dengan semangat ke lokasi tapak kebakaran.

Ini merupakan program usahasama PERKALAS @TF SABAH yang diwakili oleh adik Muhd Zuhairi Saripudin salah seorang sekurelawan kami untuk mengajak rakan-rakan sekuliahnya di Kolej Komuniti Tawau bersama turun padang membantu mangsa kebakaran. Kagum melihat semangat adik-adik ini. Sumbangan masyarakat di stor PERKALAS @TF SABAH seperti beras, mineral water, sayur mayur dan yang lain telah diserahkan kepada mereka untuk dimasak. Selain itu mereka turut membuat kutipan wang dalam kalangan mereka untuk membeli lauk pauk dan mengumpul barangan sumbangan lain seperti roti untuk diagihkan.

Usaha sebegini haruslah disebarluaskan kepada generasi muda untuk mendidik mereka lebih peduli nasib masyarakat. Besar harapan kami agar program sebegini terus subur di bumi Tawau. Mungkin selepas ini adik-adik daripada Kolej Komuniti Tawau boleh turut serta dalam pelbagai program kemanusiaan yang kami anjurkan.

Terima kasih kepada Tuan Pengarah, para pensyarah Kolej Komuniti Tawau yang memberikan tunjuk ajar dan kebenaran untuk perlaksanaan program ini. Untuk adik-adik mahasiswa yang terlibat program malam ini jom terus sebarkan gelombang jom jadi orang baik-baik di negeri kita agar lebih ramai akan mendapatkan manfaatnya.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

Komen