PUSAT HIBURAN DI TAWAU DISERBU OLEH PIHAK POLIS

PUSAT HIBURAN DI TAWAU DISERBU OLEH PIHAK POLIS

Tawau, 14 Januari 2019 – Semalam, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau diketuai oleh Inspektor Syed Muhammad Iqbal Bin Syed Yassin bersama Strike Team telah membuat Operasi Pusat Hiburan di sebuah premis hiburan terletak di Fajar, Tawau.

Gambar dari fb polis daerah Tawau

Ketika serbuan dibuat, kelihatan para pengunjung sedang leka berhibur dan terkejut dengan kehadiran pihak polis. Pemeriksaan urine selanjutnya telah dibuat ke atas 84 orang pengunjung pusat hiburan tersebut.

Gambar dari fb polis daerah Tawau

Seramai 07 orang telah didapati positif memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri dan akan disiasat dibawah seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala selebihnya negatif sebarang jenis dadah dan dibebaskan tanpa syarat.

Gambar dari fb polis daerah Tawau

Operasi Pusat Hiburan sebegini akan diteruskan di sekitar Bandar Tawau agar najis dadah dapat diperangi habis habisan supaya tidak menghancurkan masa depan masyarakat tanpa mengira lapisan umur. Masyatakat juga diseru agar bekerjasama dengan pihak polis untuk membanteras gejala dadah ini dengan menyalurkan maklumat agar dapat mengekalkan bandar Tawau dalam keadaan yang aman dan sejahtera.

Sumber: fb polis daerah Tawau

Komen