Puluhan rumah setinggan musnah kebakaran di Semporna

Puluhan rumah setinggan musnah kebakaran di Semporna

SEMPORNA: Puluhan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Inabah Kamal dekat sini, kira-kira jam 8 malam tadi.

Ketika ini, anggota bomba dan penyelamat masih bertungkus lumus mengawal kebakaran yang dipercayai bermula dari sebuah rumah di situ sebelum merebak ke kediaman lain sekitar penempatan setinggan itu.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Semporna, Fazizul Hizam Borhan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.02 malam.

Katanya, empat buah jentera bersama 17 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira lima minit kemudian.

“Operasi memadam kebakaran sedang giat dijalankan dan jumlah sebenar rumah yang terlibat belum dapat dipastikan,” katanya.

Sumber: Bharian

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *