Proses Tuntutan RM8,000 mySalam Skim Perlindungan B40

Proses Tuntutan RM8,000 mySalam Skim Perlindungan B40

Proses Tuntutan RM8,000 mySalam Skim Perlindungan B40

Berita baik buat penerima Bantuan Sara Hidup, anda layak menuntut wang sehingga RM8,000 melalui program mySalam Skim Perlindungan B40.

Skim ini merupakan satu lagi bantuan kerajaan bagi menyediakan perlindungan takaful secara PERCUMA kepada 3.69 juta penerima BSH yang berumur 18 – 55 tahun beserta pasangan mereka.

Di bawah skim ini, penerima akan mendapat manfaat pendapatan harian sebanyak RM50 sehari (maksimum 14 hari) sekiranya sedang menjalani rawatan di hospital.

Dan sekiranya penerima disahkan mengidap 36 jenis penyakit kritikal, pembayaran RM8,000 akan dibuat sekaligus ke akaun penerima.

Skim ini telah berkuatkuasa 1 Januari lalu yang dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad dan disahkan patut syariah.

Proses tuntutan boleh dibuat bermula 1 Mac 2019 di portal rasmi mysalam.com.my

TUNTUTAN MYSALAM SKIM PERLINDUNGAN B40

Berikut dikongsikan langkah demi langkah cara membuat tuntutan mySalam 2019.

Layari portal rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS

Klik “Download Form” dan muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”

Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk diisi dengan lengkap

Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims

Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan

Klik “Submit” untuk hantar tuntutan

Sekiranya berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2019.

SENARAI 36 PENYAKIT KRITIKAL

Berikut senarai 36 penyakit kritikal yang dilindungi di bawah program mySalam.

Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih

Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama

Meningitis Bakteria

Tumor Otak Benigna

Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya

Pembedahan Otak

Kanser

Kardiomiopati Teruk

Anemia Aplasia Kronik

Koma

Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari

Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih

Ensefalitis/encephalitis

Kegagalan Hati Tahap Akhir

Penyakit Paru-Paru

AIDS Peringkat Teruk

Hepatitis Virus Fulminan

Serangan Jantung

Pembedahan Injap Jantung

HIV Akibat Transfusi Darah

Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang

Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)

Hilang Pertuturan

Trauma Kepala Utama

Pemindahan Organ Utama/ Sum

Penyakit Neuron Motor

Sklerosis Berbilang

Distrofi Otot

Kelumpuhan / Paraplegia

Penyakit Parkinson

Hipertensi Arteri Pulmonari Primer

Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius

Strok

Pembedahan Aorta

Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)

Pelecuran Tahap Ketiga

Dan untuk makluman skim ini hanya kepada penerima yang menerima rawatan di hospital kerajaan sahaja.

Setakat ini skim mySalam tidak melindungi penerima yang mendapatkan rawatan sepenuhnya di hospital swasta.

Untuk senarai hospital di bawah skim ini, anda boleh rujuk https://www.mysalam.com.my/b40/info/

Untuk maklumat lanjut tentang Skim Perlindungan Nasional B40 ini, anda boleh menghubungi careline mySalam di 1-300-888-938 atau emel ke mysalam@greateasterntakaful.com
Sumber: semakonline.com

Komen