PROGRAM DAPUR SYURGA: “ORANG GILA PUN PANDAI UCAP TERIMA KASIH”

PROGRAM DAPUR SYURGA:  “ORANG GILA PUN PANDAI UCAP TERIMA KASIH”

TAWAU_ 15 OKTOBER 2019 |….Bang terima kasih….Dek terima kasih. Itu antara ucapan pendek beberapa orang yang dianggap gila atau tak siuman apabila menerima bungkusan makanan dan minuman daripada sukarelawan PERKALAS@TF SABAH.

Daripada luaran mereka kelihatan berpakaian compang- camping, kotor, rambut tak terurus, badan berbau, tidur di mana-mana lorong atau kaki lima. Mereka juga berperilaku pelik ada yang mengais-ngais sampah, bercakap seorang-seorang dan ada yang tidak mahu bercakap langsung. Perilaku dan keadaan fizikal mereka ini membuat ramai orang menjauh dan jijik dengan “orang gila” ini.

Namun bila kita mengenali dan berusaha merenung apa yang berlaku kepada orang yang dianggap gila ini pasti kita temukan sesuatu hikmah disebaliknya. Terkadang Allah hadirkan mereka yang dianggap gila ini yang jauh lebih beradab, santun, amanah berbanding kita manusia waras dan berpendidikan tinggi. Bayangkan ada berapa ramai dalam kalangan kita yang jarang sekali mengungkap ucapan terima kasih apabila menerima pertolongan daripada orang lain.

Teguran Allah itu boleh datang dari sesiapapun yang dikehendakiNYA termasuklah daripada orang yang hina di mata ramai manusia lain. Tinggal bagaimana kita mahu menyedari atau terasa tentang signal yang Allah berikan. Hargailah manusia disekitar kita walaupun punya segudang gelar dunia. Jangan sampai di mata manusia kita manusia waras terpuji tetapi di mata penduduk langit kita inilah manusia gila dengan segala kebodohan dan dosa yang kita buat dalam keadaan waras dan berilmu.

Mulut, Hati, Perbuatan hendaklah beriringan jangan sesekali menyombongkan diri. Kita manusia tidak punya apa-apa. Apabila mati ditanam jadi tanah bersama cacing.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Komen