PROGRAM BANTUAN KILAT UNTUK PENGHUNI SEBUAH PONDOK

PROGRAM BANTUAN KILAT UNTUK PENGHUNI SEBUAH PONDOK

TAWAU_ 30 OKTOBER 2019 | Khabar seorang lelaki separuh abad yang hidup sebatang kara kerana kematian isteri di sebuah pondok buruk menarik perhatian sukarelawan PERKALAS @TF SABAH untuk menjejakinya. Setelah lebih kurang sejam mencari akhirnya penghuni dan lokasi pondok ini telah ditemui. Sukarelawan berkongsi sedikit rezeki dan amanah masyarakat.

Disekitar pondok ini terdapat banyak timbunan botol mineral water terpakai yang telah dikumpulkan oleh si pakcik iaitu penghuni pondok ini. Selain mengambil upah membersihkan masjid si pakcik mengumpul botol mineral water ini untuk dijual kepada peraih kitar semula. Pakcik ini juga bercucuk tanam untuk menambahkan pendapatan terutama menanam ubi kayu.

Apabila ditanya tentang latar belakang keluarga oleh sukarelawan si pakcik tak segan berkongsi. Menurutnya isterinya telah meninggal terkena kanser perut. Dia tidak mampu berbuat apa untuk memberikan rawatan terbaik kerana tidak mempunyai wang yang cukup bagi menampung kos rawatan yang tinggi. Apabila ditanya tentang anak si pakcik hanya diam dan tersenyum tawar. Sukarelawan dapat merasa pakcik tidak selesa jika ditanya tentang soalan tersebut.

Ketika itu keluarga lain hanya membisu dan tidak memperdulikan keadaan si pakcik dan arwah isterinya. Selepas kematian isterinya si pakcik lebih suka bersendiri untuk menenangkan perasaannya. Tentang keluarga yang lain si pakcik seolah-olah telah menerima hakikat bahawa jika engkau miskin siapa yang akan peduli.

Sebelum para sukarelawan bergerak pulang, si pakcik sempat mencabut sebatang ubi kayu lalu isinya diberikan kepada sukarelawan. Hati begitu malu untuk menerima itu secara percuma. Lalu sularelawan mengeluarkan sehelai RM #€+ untuk diberikan kepada si pakcik walau dia berusaha menolaknya.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Komen