PREMIS NAIKKAN HARGA JUAL TOPENG MUKA DI KOMPAUN 10-RIBU RINGGIT DI SEMPORNA

PREMIS NAIKKAN HARGA JUAL TOPENG MUKA DI KOMPAUN 10-RIBU RINGGIT DI SEMPORNA

SEMPORNA; 13 FEBRUARI 2020 (Khamis) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) daerah Semporna mengenakan kompaun 10-ribu ringgit keatas sebuah premis atas kesalahan menjual topeng muka melebihi harga kawalan yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDNHEP Semporna, Arsanti Abd Rasid berkata, kompaun itu dikeluarkan selepas pemeriksaan khas yang dijalankan terhadap premis berkenaan susulan aduan orang awam yang diterima melalui sistem e-aduan di premis perniagaan seperti farmasi dan kedai runcit sekitar Semporna.

Premis berkenaan telah didapati menjual topeng muka dengan menaikkan harga kawalan dari yang dibenarkan pihak kementerian dan tindakan dikenakan keatas premis berkenaan bagi memastikan peniaga kekal menjual topeng muka pada harga yang telah ditetapkan serta tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan.

Mengulas lanjut, sepanjang tempoh dua minggu lepas iaitu bermula 29 Januari hingga hari ini, sebanyak tujuh premis yang ada menjual topeng muka secara runcit telah diperiksa dan sebanyak satu kes membabitkan sitaan resit jualan yang dibuat dipremis tersebut telah diambil tindakan.

KPDNHEP Semporna telah mengenakan kompaun 10-ribu keatas premis berkenaan atas kesalahan menjual topeng muka melebihi harga kawalan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Katanya, pihaknya akan terus melakukan pemantauan secara berterusan di daerah Semporna dan Kunak dari semasa ke semasa.

Pengguna juga diminta tampil memainkan peranan membuat aduan kepada pihak KPDNHEP negeri atau mana-mana pejabat KPDNHEP berdekatan sekiranya mendapati terdapat premis yang menaikkan harga jualan topeng muka sesuka hati.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *