PPM TUMPASKAN AKTIVITI BOM IKAN DI SEMPORNA

PPM TUMPASKAN AKTIVITI BOM IKAN DI SEMPORNA

SEMPORNA (4 Februari) – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya menahan sebuah perahu bersama juragan lelaki Palauh disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan kaedah pengeboman ikan di kawasan laut Pulau Sisipan Semporna, pada petang ahad.

Bertindak atas maklumat, Unit Risikan Marin (URM) telah menahan juragan berkenaan berumur dalam lingkungan 40-an kira-kira pukul 4.40 petang.

Pemeriksaan lanjut di dalam perahu tersebut telah menjumpai kira-kira 10 kilogram ikan pelbagai jenis yang disyaki ditangkap dengan menggunakan kaedah pengeboman ikan.

Suspek ditahan dan kesemua barang rampasan seperti sebuah pam bot, compressor, google, fin, jaring ikan dan hose getah yang dianggarkan bernilai RM 3,440.00 telah di bawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Akta Perikanan 1985. – eastern sabah security command

Komen