PPM TAWAU TAHAN WARGA TEMPAT BAWA BARANGAN BERSUBSIDI TANPA KEBENARAN

PPM TAWAU TAHAN WARGA TEMPAT BAWA BARANGAN BERSUBSIDI TANPA KEBENARAN

TAWAU (1 Okt) – Pasukan Polis Marin (PM) di sini menahan seorang lelaki tempatan berumur 53 tahun kerana membawa barangan bersubsidi tanpa kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) pada Sabtu.

Bot berkenaan ditahan ketika melalui laut Tanjung Saima menuju ke arah Kampung Sg. Haji Kuning, Pulau sebatik pada jam 11.29 pagi sabtu.

Antara barangan bersubsidi yang dirampas ialah 7 kotak minyak masak cap bunga raya, 5 kotak minyak masak cap kapal, 15 kotak tepung gandum cap burung murai dan 16 karton gula pasir perai.

Turut dirampas bot laju dan enjin sangkut yamaha 40hp yang digunakan dalam aktiviti berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 23,200.00.

Kes akan dirujuk kepada KPDNKK dan akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

-fb ESSCOM

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *