PPM TAWAU TAHAN TUJUH PATI TERMASUK BAYI TUJUH BULAN

PPM TAWAU TAHAN TUJUH PATI TERMASUK BAYI TUJUH BULAN

TAWAU; 1 MEI 2019 (Rabu) – Bayi perempuan berusia 7 bulan antara tujuh Pendatang Asing Tanpa Izin yang ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau di sebuah Pondok Pengawal keselamatan di Kampung Tinagat Batu 8 Jalan Apas selepas dipercayai memasuki negara ini menggunakan laluan tidak sah, Semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan berkata, berpandukan maklumat yang diterima, mereka ditahan di Dalam stor Pondok Pengawal itu kira-kira pukul 11 malam.

Katanya, kesemua yang ditahan terdiri daripada 4 kanak-kanak lelaki dan perempuan serta tiga wanita dalam lingkungan umur 7 bulan hingga 35 tahun itu tidak memiliki dokumen yang sah serta mengakui baharu sampai dari Indonesia.

Empat lelaki iaitu Dua lelaki disyaki sebagai pengurus membawa kesemua PATI berkenaan sementara dua lagi lelaki termasuk Pengawal keselamatan ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran terbabit.

PPM Tawau turut merampas sebuah kereta Proton Iswara dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan 10-ribu ringgit
yang digunakan membawa PATI berkenaan.

Kes tersebut disiasat di bawah Akta ATIPSOM 2007 (Pindaan 2010).

#BESTAWAUfm

Komen