PPM Tawau Tahan Empat PATI Bersama 127 Batang Kayu Bakau

PPM Tawau Tahan Empat PATI Bersama 127 Batang Kayu Bakau

TAWAU; 06 Mac 2019 – Pasukan Polis Marin Tawau telah berjaya menahan 4 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan Sungai Merotai yang sedang menjalankan aktiviti memuat kayu bakau kira-kira pukul 5.40 petang kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali berkata, ‘Semasa pemeriksaan ke atas sebuah perahu tiada nombor pendaftaran yang dijuragani oleh seorang lelakiberumur 35 tahun bersama 3 anak perahu lelaki berumur antara 15 hingga 40 tahun bukan warganegara dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Turut ditemukan sebanyak 100 batang kayu bakau tanpa memiliki permit mengeluarkan hasil hutan dari Jabatan Perhutanan.

Dalam satu lagi tangkapan, sebuah perahu yang dikendalikan oleh seorang lelaki tempatan berumur 53 tahun bersama isterinya yang berumur 20 tahun telah turut menemukan 27 batang kayu bakau yang juga tidak memiliki permit mengeluarkan hasil hutan dari Jabatan Perhutanan.

Kesemua barang tersebut dirampas iaitu dua buah perahu, satu unit injin sangkut 15hp, satu unit Chain Saw termasuk 127 batang kayu bakau.

Nilai rampasan termasuk dua bot dan enjin sangkut dianggarkan berjumlah RM12,555.00.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 30(1)(g) Enekmen Perhutanan 1963 kerana memiliki dalam simpanannya barangan hutan tanpa permit. Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – Pasukan Polis Marin W4 Sabah

100 batang kayu bakau dipercayai dicuri oleh empat suspek berusia 15 hingga 40 tahun. Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Empat lelaki warganegara Filipina ditahan kerana mencuri 100 batang kayu bakau. Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Sepasang suami isteri warga tempatan ditahan kerana mencuri 27 batang kayu bakau. Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Komen