PPM TAWAU RAMPAS ‘BUNGA API’ CUBA DISELUDUP KE NEGARA JIRAN

PPM TAWAU RAMPAS ‘BUNGA API’ CUBA DISELUDUP KE NEGARA JIRAN

TAWAU; 10 FEBRUARI 2020 (Isnin) – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau telah menahan sebuah bot yang membawa muatan bunga api menerusi Ops Gelora di perairan Pelabuhan Tawau, kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri berkata, pihaknya telah berjaya menahan juragan warga tempatan berumur 51-tahun yang menghala ke perairan Sungai Nyamuk, Indonesia.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut di dalam bot tersebut mendapati satu kotak yang mengandungi 48-batang bunga api yang disimpan di bahagian belakang bot.

Menurutnya, juragan tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen daripada pihak kastam untuk membawa bunga api dan barang tersebut dipercayai diseludup ke Sungai Nyamuk, Indonesia untuk dipasarkan.

Tambahnya, juragan beserta barangan tersebut telah di bawa ke PPM Tawau untuk siasatan lanjut dan semua nilai rampasan dianggarkan berjumlah 25-ribu 480 ringgit dan kes akan di siasat di bawah Akta Kastam 1967.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *