PPM TAWAU BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG LAKSANA KORBAN

PPM TAWAU BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG LAKSANA KORBAN

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) daerah ini tidak melepaskan peluang melaksanakan ibadah korban bersama penduduk kampung berhampiran.

Difahamkan, seramai 40 anggota dan pegawai PPM serta 30 ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) menjayakan program korban ini hasil persepakatan bersama yang dijalankan di Pangkalan PPM Tawau.

Anggota dan pegawai PPM Tawau bekerjasama mengagihkan daging korban. Gambar SNT / Ihsan PPM Tawau
Dalam program yang berlangsung sejak pukul 6 pagi itu, sebanyak 15 ekor lembu dan tiga ekor kambing dikorbankan.

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Tawau, Deputi Superintendan Mohd Nazari Ismail berkata kerjasama yang ditunjukkan anggota dan pegawai PPM daerah dalam menjayakan program ini amat dihargai.

Daging lembu dan kambing yang sudah siap dibungkus akan diagihkan kepada golongan asnaf dan fakir miskin. Gambar SNT / Ihsan PPM Tawau
“Saya menghargai dan memuji usaha yang dilakukan anggota saya dan saya harap program seperti ini dapat diteruskan setiap tahun.

“Orang ramai juga tidak melepaskan peluang mengikuti program ini. Saya rasa ini berkemunginan masyarakat percaya dan yakin dengan usaha yang pihak PPM lakukan selama ini,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Anggota dan pegawai PPM Tawau bekerjasama melaksanakan ibadah korban. Gambar SNT / Ihsan PPM Tawau
Melalui program korban itu juga, pihak PPM mengagihkan daging lembu dan kambing berkenaan kepada golongan asnaf dan fakir miskin. – SabahNewsToday

Komen