PPM TAHAN WANITA CUBA SELUDUP PERIUK KE INDONESIA BERNILAI HAMPIR 30-RIBU RINGGIT

PPM TAHAN WANITA CUBA SELUDUP PERIUK KE INDONESIA BERNILAI HAMPIR 30-RIBU RINGGIT

TAWAU; 13 FEBRUARI 2020 (Khamis) – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya mengagalkan cubaan seludup periuk dan ‘cooler box’ bernilai hampir 30-ribu ringgit menerusi Operasi Gelora di perairan Tawau, Kelmarin.

Turut ditahan juragan bot, 34 tahun dan wanita 53-tahun warga Indonesia dipercayai pemilik semua barangan terbabit.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, bot berkenaan ditahan di perairan Tawau
dipercayai berlepas dari jeti CIQ lama dan sedang menghala ke arah Sungai Haji Kuning kira-kira pukul 7 pagi.

Hasil pemeriksaan telah mendapati beberapa kotak yang berisi periuk serta ‘cooler box’ di dalam bot dan wanita terbabit gagal menunjukkan dokumen pelepasan pihak kastam bagi kesemua barang dibawa yang dipercayai cuba di seludup keluar untuk pasaran negara jiran Indonesia.

Katanya, juragan bersama bot dan pemilik barangan ditahan dan diiring ke pangkalan PPM Tawau untuk siasatan lanjut.

ACP Pajeri berkata, keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai 28-ribu 635-ringgit dan Kes disiasat dibawah dibawah Akta Kastam 1967.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *