PPM TAHAN LELAKI WARGA ASING MILIKI 5 TONG GAS TANPA KEBENARAN KPDNHEP

PPM TAHAN LELAKI WARGA ASING MILIKI 5 TONG GAS TANPA KEBENARAN KPDNHEP

TAWAU; 11 OKTOBER 2019 (Jumaat) – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang lelaki Warga Asing selepas membawa 5 tong gas Petroleum Cecair (LPG) tanpa kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kelmarin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan medianya berkata, lelaki berumur 28 tahun berkenaan ditahan selepas motokarnya dikesan membawa muatan barangan terbabit di tempat letak kereta berhadapan Pasar Ikan Tawau, kira-kira pukul 9.30 pagi.

Beliau berkata, 4 tong gas berisi LPG jenis Petronas dan 1 tong gas berisi LPG jenis MyGaz di sembunyikan di ruang belakang motokar berkenaan.

Jelas ACP Mohamad Pajeri, rampasan termasuk kenderaan yang dianggarkan bernilai 10-ribu ringgit itu dirujuk ke KPDNHEP Tawau untuk disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dikenakan hukuman dibawah Seksyen 22(1) Akta yang sama. -BESTAWAUfm

Komen