PPM Tahan Dua Pemancing Warga Asing

PPM Tahan Dua Pemancing Warga Asing

Dua pemancing mencurigakan ditangkap selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri. – Foto Ihsan PPM

KALABAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) menangkap dua pemancing warga asing semasa memancing di kawasan simpang tiga Sg Serudong, kira-kira jam 10.45 pagi semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, kedua-dua warga asing terbabit ditahan hasil pemeriksaan di sebuah bot fiber glass dalam Operasi Gelora.

Dua pemancing mencurigakan ditangkap selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri. – Foto Ihsan PPM

“Bot yang mereka naiki dikesan tidak mempunyai nombor pendaftaran dan kedua-dua suspek didapati rakyat negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, juragan bot terbabit berumur 29 tahun manakala anak perahu pula 37 tahun ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurutnya, kedua-dua lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Tawau termasuk bot dan enjin bot yang dianggarkan berjumlah RM7,000.

“Penahanan di bawah Akta Imigresen 1959/ 63 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya.

“Malah, mereka juga boleh dikenakan tidak lebih dari enam sebatan atau kompaun sehingga RM3,000, jika sabit kesalahan,” katanya.

Utusan Borneo

Komen