PPM TAHAN 6 PALAUH SELUDUP MASUK 4 ENJIN PAM DARI INDONESIA

PPM TAHAN 6 PALAUH SELUDUP MASUK 4 ENJIN PAM DARI INDONESIA

SEMPORNA; 12 MEI 2019 (Ahad) – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menggagalkan cubaan enam lelaki Palauh menyeludup masuk empat enjin Pam dari Indonesia tanpa dokumen sah di laut Kampung Sum Sum, pagi tadi.

Bertindak atas maklumat Unit Risikan Marin (URM), Kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 3 pagi oleh Sepasukan anggota bot ronda PAR 3 PPM Semporna menerusi Ops Pensura selepas bot yang dinaiki didapati dalam keadaan mencurigakan.

Komander PPM Wilayah 4 ACP Mohd Pajeri Ali berkata Pemeriksaan lanjut ke atas bot mendapati kesemua enjin Pam bernilai lebih 27-ribu ringgit yang dibawa masuk dari Tarakan, Indonesia tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah.

Katanya, Kesemua mereka berumur 40 hingga 62 tahun ditahan untuk disiasat dibawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 iaitu cuba mengangkut barang berduti atau tidak berkastam.

Jika sabit kesalahan akan dikenakan denda tidak lebih 10 kali ganda amaun duti kastam atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.

#BESTAWAUfm

Komen