PPM TAHAN 5 PATI CUBA MENYUSUP KELUAR KE NEGARA FILIPINA

PPM TAHAN 5 PATI CUBA MENYUSUP KELUAR KE NEGARA FILIPINA

LAHAD DATU (8 OKTOBER) – Cubaan Lima lelaki menyusup keluar ke Bongao Filipina gagal selepas mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi rondaan cegah jenayah di persisiran pantai Tagupi, Lahad Datu, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan medianya berkata, kesemua lelaki berumur 18 hingga 50 tahun berkenaan ditahan selepas dikesan berlegar-legar dikawasan terbabit kira-kira pukul 10.40 malam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah selain sedang menunggu sebuah bot untuk mengambil mereka sebelum dihantar ke Bongao, Filipina.

Menurut ACP Mohamad Pajeri, pihaknya turut merampas 3 buah motosikal dengan anggaran nilai 15,500.00 yang ditinggalkan di pesisir pantai Tagupi dan disyaki digunakan untuk mengangkut Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Katanya, Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63.

Komen