PPM TAHAN 4 LELAKI WARGA INDONESIA, RAMPAS 150-BATANG KAYU BERNILAI 180-RIBU RINGGIT

PPM TAHAN 4 LELAKI WARGA INDONESIA, RAMPAS 150-BATANG KAYU BERNILAI 180-RIBU RINGGIT

TAWAU; 23 OGOS 2019 (Jumaat) – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan 4 lelaki warga Indonesia dan merampas 150 batang Kayu Bergergaji pelbagai saiz Jenis Armara bernilai 180-ribu ringgit dalam ops Gelora di Laut Sungai Pukul, pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau, DSP Mohd Nazari Ismail dalam kenyataan medianya berkata, kesemua lelaki berkenaan ditahan selepas kapal kayu yang dinaiki mereka dikesan memasuki Perairan Tawau pada pukul 9.30 pagi.

Pemeriksaan lanjut mendapati juragan berumur 39 tahun itu gagal menunjukkan sebarang dokumen Sijil Pendaftaran Pengimport dan lesen import untuk membawa 150 batang kayu tersebut.

Beliau berkata, PPM Tawau turut merampas Kapal kayu yang digunakan dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan 260-ribu ringgit.

Katanya, kes akan disiasat dibawah Enakmen Hutan Negeri Sabah 2015.

#BESTAWAUfm

Komen