PPM TAHAN 2 PATI KETIKA CARI KERJA

PPM TAHAN 2 PATI KETIKA CARI KERJA

TAWAU; 16 JULAI 2019 (Selasa) – Hasrat dua lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) mencari pekerjaan di daerah ini tidak kesampaian selepas mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau di Costum Immigration Quarantine (CIQ) Lama Tawau, pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan medianya berkata, kedua-dua lelaki berumur 20 dan 21 tahun itu ditahan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan pukul 8.30 pagi.

Beliau berkata, mereka dipercayai baru mendarat menggunakan bot penambang dari Sungai Haji Kuning dan siasatan lisan mendapati kedua-dua mereka tidak memiliki dokumen yang sah dan memasuki Negara ini untuk mencari pekerjaan.

Katanya, Tangkapan kemudian dirujuk kepada Jabatan Imigresen Tawau untuk siasatan atas kesalahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

#BESTAWAUfm

Komen