PPM SEMPORNA TAHAN LELAKI PALAUH MILIKI SYABU

PPM SEMPORNA TAHAN LELAKI PALAUH MILIKI SYABU

SEMPORNA; 16 JULAI 2019 (Selasa) – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan seorang lelaki palauh dan merampas 0.5 gram syabu di perairan laut Kampung Hidayat, Pulau Bum Bum, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan berkata, lelaki berumur 31 tahun itu ditahan selepas bot penambang yang dinaiki diperairan itu diperiksa sepasukan PPM botronda PSC54 kira-kira pukul 8.30 malam.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemui satu plastik ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dan dua gulung aluminium foil, sebatang jarum serta satu pemetik api yang disembunyikan dari seluar yang dipakai.

Katanya, suspek telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Semporna untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.

Komen