PPM SEMPORNA TAHAN 2 LELAKI PALAUH, RAMPAS 88 JERKIN MINYAK PETROL BERNIAI LEBIH 45-RIBU RINGGIT DISYAKI CUBA DISELUDUP KE NEGARA FILIPINA

PPM SEMPORNA TAHAN 2 LELAKI PALAUH, RAMPAS 88 JERKIN MINYAK PETROL BERNIAI LEBIH 45-RIBU RINGGIT DISYAKI CUBA DISELUDUP KE NEGARA FILIPINA

SEMPORNA; 11 APRIL 2019 (Khamis) – Usaha dua lelaki Palauh menyeludup keluar 88 jerikin minyak petrol bernilai 45-ribu 640-ringgit
gagal selepas diberkas oleh Pasukan Polis Marin Semporna dan VAT 69 di kawasan laut Pulau Kulapuan, tengah malam tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan berkata, Seorang juragan dan anak kapal masing-masing berumur 45 dan 26 tahun itu ditahan selepas bot yang dijuragani dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 12.06 tengah malam.

Katanya, pemeriksaan ke atas bot tersebut telah menemukan sebanyak 88 jerikin 25 liter dan berisi minyak petrol yang tidak memiliki dokumen pengesahan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Dalam pada itu, ACP Mohamad Pajeri berkata minyak petrol tersebut disyaki untuk diseludup ke Filipina memandangkan suspek menjalankan kegiatan terbabit pada waktu malam bagi mengelak dikesan oleh pihak pasukan keselamatan.

Tangkapan dan rampasan kemudian dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan dibawah Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 3 Kawalan Bekalan.

#BESTAWAUfm

Komen