PPM SEMPORNA RAMPAS 325-LITER MINYAK PETROL TANPA PERMIT DARI KPDNHEP

PPM SEMPORNA RAMPAS 325-LITER MINYAK PETROL TANPA PERMIT DARI KPDNHEP

SEMPORNA; 30 NOVEMBER 2019 (Sabtu) – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang Warga emas dan merampas 13 jerikin berisi 325 liter minyak petrol bernilai 327-ringgit 8-sen di kawasan Perairan Semporna, Kelmarin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan berkata, lelaki Warga tempatan berumur 62 tahun itu ditahan selepas perahu yang dijuragani dikesan kira-kira pukul 6.30 petang.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua jerikin terbabit dibawa tanpa sebarang dokumen atau Permit yang sah dari Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kes disiasat dibawah seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961 dibaca Bersama peraturan peraturan kawalan bekalan. -BESTAWAUfm
#myTawau

Komen