PPM RAMPAS 800 LITER MINYAK PETROL, RAMPAS 7 BOT BESERTA ENJIN DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN BARANG KAWALAN KE NEGARA JIRAN

PPM RAMPAS 800 LITER MINYAK PETROL, RAMPAS 7 BOT BESERTA ENJIN DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN BARANG KAWALAN KE NEGARA JIRAN

SEMPORNA; 8 NOVEMBER 2019 (Jumaat) – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas kira-kira 800 liter minyak petrol bernilai 1-ribu 664-ringgit disyaki untuk diseludup ke Filipina dalam Ops Pensura Khas di Kampung Kuala Bibang Semporna, rabu lepas.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan berkata, rampasan itu dibuat selepas 32 jerikin berisi minyak petrol berkenaan ditemui disimpan di dalam ruangan sebuah bot kira-kira pukul 6.40 petang.

Bagaimanapun katanya, tiada tangkapan dibuat berikutan pertanyaan lanjut kepada beberapa penghuni berdekatan bot yang ditemui tidak mengakui memiliki bot terbabit.

Menurut ACP Mohamad Pajeri, rampasan termasuk bot beserta enjin bernilai 25-ribu 664-ringgit itu dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk siasatan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu, susulan penahanan sebuah bot membawa muatan 32 jerikin berisi minyak petrol berkenaan, sebanyak 6 buah bot lain serta lapan enjin sangkut dengan nilai rampasan keseluruhan 152-ribu ringgit berjaya dirampas PPM selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan barang kawalan khususnya minyak petrol ke negara jiran.

Komen