PPM RAMPAS 78 BOTOL MINUMAN KERAS TANPA CUKAI DI LAHAD DATU

PPM RAMPAS 78 BOTOL MINUMAN KERAS TANPA CUKAI DI LAHAD DATU

LAHAD DATU; 8 OKTOBER 2019 (Selasa) – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya menggagalkan cubaan seludup masuk 78 botol minuman keras jenis Tanduay dari negara jiran yang disyaki belum dibayar cukai kastam dalam rondaan Cegah jenyah di persisiran pantai Tagupi, awal pagi kelmarin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan medianya berkata, kesemua minuman keras masing-masing berisi 750ml itu ditemui selepas beberapa bungkusan mencurigakan di kawasan pesisir pantai terbabit kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Beliau berkata, rampasan bernilai 3-ribu 900-ringgit itu disyaki dibawa masuk dari negara jiran tanpa laluan yang sah di sisi undang-undang untuk dipasarkan di negeri ini.

Menurut ACP Mohamad Pajeri, Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. -BESTAWAUfm

Komen