PPM PATAHKAN CUBAAN SELUDUP 2,000 LITER MINYAK PETROL KE SITANGKAI FILIPINA

PPM PATAHKAN CUBAAN SELUDUP 2,000 LITER MINYAK PETROL KE SITANGKAI FILIPINA

SEMPORNA: Tindakan pantas Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan cubaan dua lelaki menyeludup keluar 2,000 liter minyak petrol menaiki perahu, di perairan laut Pondohan daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata suspek berusia 17 dan 50an itu ditahan pukul 5.30 petang melalui Operasi Pensura Khas.


“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam ruangan perahu itu, kita menemukan 2,000 liter muatan minyak petrol yang diisi di dalam pelbagai saiz jerikin dipercayai cuba diseludup ke Sitangkai Filipina.

“Pemeriksaan keatas kedua-dua suspek juga mendapati mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Suspek dan rampasan minyak petrol bernilai RM4,180 dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan kawalan bekalan. – SabahNewsToday

Komen