PPM MENAHAN SEORANG JURAGAN MEMBAWA 15 PATI FILIPINA MEMASUKI NEGARA INI DI PERAIRAN SEMPORNA

PPM MENAHAN SEORANG JURAGAN MEMBAWA 15 PATI FILIPINA MEMASUKI NEGARA INI DI PERAIRAN SEMPORNA

SEMPORNA; 18 SEPTEMBER 2019 (Rabu) – Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah (PPM W4) berjaya menggagalkan kegiatan rentas sempadan selepas menahan 15 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Filipina cuba memasuki negara ini secara tidak sah di kawasan laut Terusan Silapak, Semporna semalam. Juragan bot warga Filipina turut ditahan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, penahanan kesemua PATI tersebut dibuat ketika PPM berjaya mengesan dan memintas sebuah pam bot berwarna putih semasa melakukan rondaan menggunakan bot ronda PSC 71 kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Hasil siasatan lanjut, semua suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan mengaku secara lisan datang dari Simunul, Tawi-Tawi, Filipina.

ACP Pajeri berkata, pengakuan secara lisan tutut mendapati semua penumpang dikenakan bayaran setiap seorang dengan sejumlah wang kepada juragan.

Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan lanjut juga turut menjumpai wang Peso kepunyaan juragan dan penumpang serta barang peribadi di dalam ruangan perahu tersebut yang dipercayai kepunyaan penumpang.

PPM turut merampas perahu, enjin, propeller shaft, jerikin dan sejumlah wang ringgit Malaysia serta wang Filipina dengan rampasan keseluruhan bernilai 11-ribu 40-ringgit.

Kesemua suspek disiasat di bawah Akta ATIPSOM 2007.

#BESTAWAUfm

-myTawau

Komen