PPM LAHAD DATU TAHAN BOT PAM, RAMPAS LIMA BOTOL BAHAN LETUPAN DISYAKI BOM IKAN

PPM LAHAD DATU TAHAN BOT PAM, RAMPAS LIMA BOTOL BAHAN LETUPAN DISYAKI BOM IKAN

LAHAD DATU; 17 APRIL 2019 (Rabu) – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sebuah bot Pam dan merampas Lima botol bahan letupan disyaki bom ikan di kawasan laut Kunak Jaya, Kelmarin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, bertindak atas Unit Risikan Marin (URM) Lahad Datu, PPM berjaya mengesan bot berkenaan kira-kira pukul 2 petang.

Bagaimanapun Katanya, dua lelaki telah melepaskan diri di Kawasan pantai Kampung Air Sri Langgas selepas menyedari kehadiran pasukan keselamatan.

Beliau berkata, PPM merampas bot beserta enjin dianggarkan bernilai 2-ribu 575-ringgit.

Kesemua rampasan di bawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk siasatan dibawah Akta Perikanan 1985.

#BESTAWAUfm

Komen