PPM LAHAD DATU RAMPAS 5-RIBU BUNGKUS ROKOK PUTIH

PPM LAHAD DATU RAMPAS 5-RIBU BUNGKUS ROKOK PUTIH

LAHAD DATU; 11 MEI 2019 (Sabtu) – Sebanyak 5-ribu bungkus rokok putih yang disembunyikan di sebuah bot laju dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu dalam operasi Landai di pesisir pantai Kampung Kenali Felda Sahabat 16, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, bot laju berkenaan ditahan kira-kira pukul 10 malam.

Bagaimanapun, juragan bot melarikan diri ke kawasan semak selepas menyedari kehadiran anggota PPM.

Pemeriksaan mendapati muatan rokok putih yang disembunyikan di dalam beberapa beg plastik hitam di bot laju berkenaan dipercayai belum dibayar cukai.

kesemua barang rampasan bernilai 55-ribu 200-ringgit kemudian diserah kepada Jabatan Kastam Cawangan Lahad Datu untuk disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.

#BESTAWAUfm

Komen