PPM LAHAD DATU RAMPAS 250 BIJI TELUR PENYU

PPM LAHAD DATU RAMPAS 250 BIJI TELUR PENYU

LAHAD DATU; 12 JULAI 2019 (Jumaat) – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu
merampas 250 biji telur penyu dipercayai untuk dijual kepada orang awam di kawasan Penyembelihan Pasar Ayam Lahad Datu, pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan berkata, kesemua telur penyu berkenaan ditemui atas Risikan dan pemeriksaan sepasukan pengawai dan anggota Unit Risikan Marin (URM) keatas sebuah bekas cat berwarna putih dan bakul berwarna kuning di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, rampasan kira-kira pukul 10 pagi itu, tiada sebarang tangkapan dibuat.

Menurutnya, kesemua telur penyu dengan anggaran nilai 500-ringgit itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Hidupan Liar daerah, Silvester Saimin ketika dihubungi RTM berkata, pihaknya kini akan membuat siasatan lanjut mengenai rampasan telur penyu terbabit mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

#BESTAWAUfm

Komen