PPM, ESSCOM RAMPAS 3,400 LITER MINYAK PETROL BERNILAI LEBIH 7-RIBU RINGGIT

PPM, ESSCOM RAMPAS 3,400 LITER MINYAK PETROL BERNILAI LEBIH 7-RIBU RINGGIT

SEMPORNA; 8 NOVEMBER 2019 (Jumaat) – Taktik seorang pemilik premis barangan runcit menyembunyikan 3-ribu 400-liter minyak petrol bernilai 7-ribu 72-ringgit di stor berkunci premis berkenaan gagal selepas Pasukan Polis Marin (PPM) dan Unit Risikan Kawasan keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) melakukan pemeriksaan keatas premis terbabit di Kampung Kuala Bibang Semporna, rabu lepas.

Komander PPM Wilayah 4 sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan medianya berkata, lelaki warga tempatan berumur 47-tahun berkenaan ditahan menerusi Ops Pensura Khas kira-kira pukul 11.30 malam.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati 136 jerikin berisi 3-ribu 400-liter minyak petrol berkenaan disimpan tanpa kelulusan dan permit yang sah daripada Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Katanya, suspek yang ditahan dibawa ke pangkalan PPM Semporna selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan minyak petrol ke Filipina dan siasatan akan diteruskan Dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

#BESTAWAUfm

Komen