PONDOK SYURGA UNTUK ABANG UJANG DAN KELUARGANYA

PONDOK SYURGA UNTUK ABANG UJANG DAN KELUARGANYA

TAWAU 26 September 2018 | Minggu lalu kisah kedaifan keluarga Abang Ujang yang berstatus warganegara Malaysia tinggal di pondok yang sangat memprihatinkan ada kami kongsikan. Hari ini team sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah telah menziarahi abang Ujang dan melihat perkembangan pembinaan pondok syurga untuk keluarga ini.

Setakat hari ini lebih 70% dalam proses menghabiskan kerja-kerja pembinaannya. Anak perempuan Abang Ujang yang bersekolah di salah satu sekolah rendah di Tawau dalam derjah Lima teringin jika pondok syurga mereka dicat dengan warna ungu. In sya Allah impian anak Abang Ujang ini pasti akan dipenuhi oleh team sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah.

In sya Allah tangki air, tikar dan kelengkapan lain akan berusaha disiapkan dalam minggu ini juga agar Abang Ujang dapat segera berpindah ke pondok syurga mereka. Nantikan update kisah penuh pembinaan pondok syurga Abang Ujang dalam masa terdekat. Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk memberikan sinar kebahagiaan untuk keluarga ini. Hanya pondok sebegini yang mampu keluarga besar PERKALAS@The 3rd Force Sabah sediakan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Dari page fb raja shamri

Komen