Politik dalam Bola Sepak Sabah SAFA

Politik dalam Bola Sepak Sabah SAFA

Salam tahun baru dari Borneo Utara

Perkongsian pada hari ini ingin menceritakan kejadian di Borneo Utara. Sebaik sahaja kongres tahunan SAFA sukar tidak dinafikan banyak muka yang sama kekal dalam persatuan tetapi ironinya 2 dalang yang sekian lama tidak diminati Oleh supporters Borneo Utara telahpun letak jawatan dengan heronya sebab mereka sedar perubahan yang berlaku kepada kerajaan yang memerintah.

Kejadian tersebut adalah sesuatu yang dinantikan oleh sebilangan besar daripada penyokong bola sepak Sabah. Untuk pengetahuan anda sebilangan besar daripada perwakilan adalah mereka yang dilantik ataupun mereka yang dipercaya oleh mantan presiden SAFA.

CREDIT: UTUSAN BORNEO

Oleh yang demikian terdapat suara sumbang ataupun merdu yang menyatakan mereka tidak sepatutnya berada dalam pengurusan lagi sebab kerajaan sudah baru dan kita perlu perbarukan segalanya.

Nyata ada yang mengatakan mereka sepatutnya menghormati cadangan Big Boss baru dan line up telah diberi untuk menerajui SAFA. Bagi FansLalang benda seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana pemilihan sepatutnya berlaku tanpa sebarang sentuhan tangan hantu yang sekian lama telah menghancurkan bola sepak Sabah.

MANIFESTO TEAM DYK

Semasa kongres dan undian dijalankan terdapat Detective Conan yang menjalankan tugas sebagai pemerhati dan secara mata kasar boleh di katakan perwakilan telah menjalankan tugas mereka.

Beberapa hari selepas kongres tahunan ada cerita best berlaku. Timbalan President yang telah diundi oleh perwakilan mengadakan press conference dan menyatakan bahawa beliau ingin meletak jawatan.

CREDIT:SAYANGSABAH

Common bossku jangan mudah termakan ayat orang lain sebab hidup kita perlu ada pendirian. Benda seperti ini tidak patut berlaku dan seharusnya tuan menerima jawatan tersebut dengan hormatnya atas undian dari perwakilan yang datang dari seluruh pelusuk Sabah. Ketepikan latar belakang politik dan kita seharunya focus untuk perubahan bola sepak Sabah kearah yang lebih professional dan bukan melangkah kebelakang.

Benda ini berlaku seperti ada dalang yang tengah menjadi virus kepada bola sepak Sabah. Sebab seharusnya mereka yang telah diberi kepercayaan harus menjalankan tugas mereka dengan telus. Kejadian sebaliknya berlaku apabila lantikan yang dipilih oleh si Polan turut angkat kaki dari pengurusan SAFA.

THE DALANG

Ada lagi yang menyedihkan apabila si Polan ingin meletakkan orang kepercayaan mereka di jawatan yang crucial dalam SAFA. Kejadian sama akan berlaku seperti tahun sebelum ini dimana mereka yang tiada background knowledge tentang bola sepak untuk control jawatan penting.

Sebagai pemerhati bola sepak yang tidak bertauliah ternyata drama bola sepak Sabah sama juga seperti sinetron dalam Astro. Untuk mereka yang tiada dalam dewan semasa kongres FansLalang dapat lihat bahawa tiada unsur bias ataupun focus group sebelum, semasa mahupun selepas pengundian and benda ini nyata bahawa tiada sudah unsur politik yang bermain dalam dewan. 2018 tiada lagi cerita ticket penerbangan percuma atau lucky draw which means memegang ticket parti (BN/WARISAN/UPKO/PBS/KEADILAN/PAS DAN LAIN-LAIN).

Skuad avengers pula telah mendapat berita bahawa ada gerakan underground yang tengah menjalankan tugas untuk menjatuhkan President SAFA. Nyata benda ini sangat tidak professional dan sepatutnya mereka dalam office SAFA menjalankan tugas dengan telus. Cukuplah politikkan bola sepak Sabah sebab kami inginkan perubahan. Bola sepak adalah milik penyokong dan mereka berhak untuk menyuarakan pandangan mereka walaupun tidak mempunyai kuasa tetapi seharusnya mereka yang bertanggungjawab perlu menghormati suara penyokong dan bukan jalankan tugas sebagai dictator.

It’s clear statement by our CM, beliau inginkan persatuan menjalankan tugas mereka dengan lebih proaktif dan bukan berlandaskan kewangan semata-mata. Jadi faham-fahamlah mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas dengan baik. Belajar kamu cari duit sendiri dan bukan harapkan duit dari langit sebab duit satu gunung Kinabalu juga boleh habis kalau tidak manage dengan sebaik mungkin.

SCREENSHOT DARI SAYANGSABAH

Nasihat kami kepada tuan President terusakan buat kerja. Sebab kami memerhatikan anda. Majulah sukan tanpa politik.

FansLalang dari obsesibola

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *