POLIS TAWAU GEMPUR MEROTAI

POLIS TAWAU GEMPUR MEROTAI

Tawau, 25 Jun 2019 – Kawasan rumah kongsi di kawasan Merotai telah digempur oleh sepasukan polis dari IPD Tawau menerusi Operasi Khas bersepadu yang mensasarkan Pendatang Asing Tanpa Izin ( PATI ) di daerah ini.

Seramai 29 orang lelaki dan 24 orang wanita telah ditahan dan setelah tapisan dokumentasi sebahagian besar daripadanya gagal menunjukkan dokumen perjalanan diri yang sah memasuki negara ini atau permit bekerja.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter berkata, Sekarang ini, kita sedia maklum bahawa banyak kes-kes jenayah melibatkan pendatang asing tanpa izin, keadaan ini telah menimbulkan kerisauan dan perasaan tidak senang kepada masyarakat. Oleh sebab itu operasi sebegini akan sentiasa dilaksanakan dan diteruskan bagi mencantas dan mengekang jenayah dari semasa ke semasa dan memastikan ketenteraman daerah Tawau sentiasa terpelihara.

Operasi ini turut disertai oleh Pasukan Gerakan Am Bn 14, Sukarelawan Polis dan Jabatan Imigresen Cawangan Tawau.

Sumber: fb polis daerah Tawau

Komen