POLIS TAWAU BERKAS PENGEDAR DAN RAMPAS DADAH SEBERAT 159.58 GRAM

POLIS TAWAU BERKAS PENGEDAR DAN RAMPAS DADAH SEBERAT 159.58 GRAM

TAWAU; 30 SEPTEMBER 2019 (Isnin) – Polis memberkas seorang lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas 159.58 gram dadah jenis syabu bernilai 23-ribu 850-ringgit dalam satu serbuan disebuah rumah di Kampung Pengkalan Wakuba Batu 15 Tawau, jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam satu sidang media di IPD Tawau berkata, lelaki pemegang dokumen IMM13 Warga Filipina berumur 50 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, suspek kini direman selama 7 hari hingga jumaat depan dan polis kini masih menyiasat penglibatan suspek dalam penyalahgunaan dadah.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek Positif Methapethamine dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. -BESTAWAUfm

Komen