POLIS TAHAN PEMBANTU PENYELIA LADANG, RAMPAS SYABU LEBIH 5-RIBU RINGGIT

POLIS TAHAN PEMBANTU PENYELIA LADANG, RAMPAS SYABU LEBIH 5-RIBU RINGGIT

LAHAD DATU; 15 OGOS 2019 (Khamis) – Polis menahan Pembantu penyelia ladang Dan merampas 38.25 gram dadah jenis syabu dalam Ops Tapis di simpang masuk kawasan perindustrian Layung Jalan Tengah Nipah Lahad Datu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan berkata, lelaki Warga tempatan berumur 36 tahun itu ditahan selepas motosikal yang ditunggang dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 5.45 petang.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemui 1 paket plastik berisi 4 paket lutsinar berisi ketulan hablur jernih syabu denggan anggaran Berat 38.25 gram bernilai 5-ribu 738-ringgit.

Saringan ujian air kencing mendapati suspek Positif Methapethamine dan kes akan disiasat mengikut Sek. 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

#BESTAWAUfm

Komen