POLIS TAHAN LELAKI PUKUL ISTERI GUNA BESI ALAT ANGKAT BERAT

POLIS TAHAN LELAKI PUKUL ISTERI GUNA BESI ALAT ANGKAT BERAT

LAHAD DATU; 18 APRIL 2019 (Khamis) – Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai memukul isterinya menggunakan dua batang besi termasuk besi angkat berat semasa pertengkaran dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Tabanak, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan berkata, lelaki berumur 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.45 malam selepas isterinya, 26 tahun membuat laporan polis.

Menurut ACP Nasri, suspek memukul isterinya pada ahad lepas dan semalam selepas berang apabila isteri dan anak tirinya keluar rumah tanpa pengetahuan suspek kerana tidak tahan dengan sikap suami yang sering memukul.

Mangsa lebam dibahagian badan dan kaki, sementara anak tirinya cedera di rusuk Kanan serta kaki kiri.

Difahamkan, mangsa berkahwin secara nikah kampung dengan suspek pada 25 Februari lepas dan mangsa merupakan isteri ketujuh kali suspek.

ACP Nasri berkata, Polis turut merampas satu batang besi berukuran 22 inci dan satu unit besi angkat berat yang digunakan semasa kejadian itu.

Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. -#BESTAWAUfm

Komen