POLIS TAHAN DUA LELAKI TERLIBAT PECAH RUMAH, CURI KURANG 12 JAM

POLIS TAHAN DUA LELAKI TERLIBAT PECAH RUMAH, CURI KURANG 12 JAM

LAHAD DATU; 2 JUN 2019 (Ahad) – Kurang 12 jam selepas seorang wanita mendapati kediamannya di Taman Warisan 2 dipecah masuk tengah hari kelmarin, dua Suspek terlibat kejadian itu berjaya ditangkap sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu, semalam.

Ketua Polis Daerahnya, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan hari ini berkata, kedua-dua suspek lelaki masing-masing berumur 20 dan 27 tahun ditahan menerusi Ops Pintu di Kampung Desa Bajau kira-kira pukul 11.30 malam.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua tangkapan Warga tempatan dan Warga asing itu mengaku terlibat dengan kejadian ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, pengadu menyedari telefon bimbit iPhone-7 dan dompet berwarna merah jambu mengandungi dokumen penting dan wang tunai 120-ringgit miliknya telah hilang dipercayai dicuri.

Pengadu kemudian turut mendapati
bahagian belakang tingkap dapur, grill tingkap dan cermin telah dirosakkan dan dalam keadaan berselerak.

Menurut ACP Nasri, siasatan masih diteruskan dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

#BESTAWAUfm

Komen