POLIS TAHAN 4 LELAKI, ROBOH TIGA RUMAH DIPERCAYAI SARANG DADAH

POLIS TAHAN 4 LELAKI, ROBOH TIGA RUMAH DIPERCAYAI SARANG DADAH

LAHAD DATU; 20 SEPTEMBER 2019 (Jumaat) – Operasi Sarang Bersepadu berjaya menahan 4 lelaki termasuk penagih disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah selain merobohan tiga rumah yang digunakan sebagai tempat menjalankan aktiviti pengedaran dadah di Kampung Desa Bajau, khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor dalam kenyataan berkata, keempat-empat lelaki berkenaan ditahan di Kampung terbabit dalam Operasi yang dijalankan selama 6 jam bermula 7.30 pagi.

Operasi itu disertai 43 Pegawai Dan anggota Polis IPD Tawau, Majlis Daerah Lahad Datu, Jabatan Air, pihak SESB dan Jabatan Perhutanan daerah.

Beliau berkata, ketiga-tiga rumah yang dirobohkan melibatkan kerjasama Majlis Daerah Lahad Datu selain 4 rumah turut disenaraikan untuk dirobohkan pada masa akan datang selepas disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan pengedaran dadah.

Menurut ACP Nasri, Pihak SESB juga telah melakukan pemotongan bekalan elektrik dan merampas wayar-wayar eletrik yang dipasang secara haram di sekitar Kampung tersebut.

Katanya, rumah setinggan yang didirikan secara haram turut dikenalpasti Jabatan Perhutanan Daerah bagi menentukan kawasan sempadan hutan simpan bakau.

#BESTAWAUfm

#myTawau

Komen