POLIS TAHAN 3 PALAUH TERLIBAT PENYALAHGUNAAN DADAH, BOM IKAN DI KUNAK

POLIS TAHAN 3 PALAUH TERLIBAT PENYALAHGUNAAN DADAH, BOM IKAN DI KUNAK

KUNAK; 18 OGOS 2019 (Ahad) – Polis menahan tiga lelaki Palauh didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta aktiviti pengeboman ikan dalam operasi Sarang Bersepadu di sebuah rumah di di Kampung Jeti Pengkalan Kunak, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supritendan Baharin Md Tahir dalam kenyataannya berkata, ketiga-tiga suspek berumur 21 hingga 25 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditahan kira-kira pukul 2.45 pagi.

Pemeriksaan lanjut ke atas rumah terbabit menemui sebuah beg mengandungi 2 paket plastik cerah berisi ketulan hablur jernih syabu seberat 5.42 gram dianggarkan bernilai 813-ringgit beserta pemetik api dan penyedut minuman yang diubah suai.

Turut ditemui di rumah berkenaan 5 botol kaca berisi serbuk putih disyaki bom ikan dan tiga sumbu.

Menurut Supritendan Baharin, saringan Ujian air kencing mendapati salah seorang suspek positif dadah dan kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958.

#BESTAWAUfm

Komen