POLIS SABAH RAMPAS 6 KILOGRAM DAUN KETUM DIKIRIM GUNA KURIER

POLIS SABAH RAMPAS 6 KILOGRAM DAUN KETUM DIKIRIM GUNA KURIER

KOTA KINABALU, 19 Jan (Bernama) — Polis merampas enam kilogram daun ketum di sebuah syarikat perkhidmatan kiriman cepat di sini pada Selasa yang dikirim dari Alor Setar, Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata rampasan dibuat selepas tiada individu tampil menuntut kiriman itu.

Sejumlah daun ketum didalam kotak yang dikirim menggunakan perkhidmatan kurier. -Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu
Kes disiasat menurut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata sepanjang seminggu operasi membanteras dadah di kawasan Likas dan Tanjung Aru sehingga semalam, polis menahan 57 orang dengan 12 ditangkap kerana memiliki dadah dan baki atas kesalahan urin positif dadah.

Menurutnya 38 yang ditahan adalah warga tempatan dan 19 warga asing yang kesemuanya berusia 18 hingga 53 tahun.

Sepanjang tempoh itu juga polis merampas kira-kira enam kilogram dadah, katanya.

— BERNAMA

Komen