POLIS MARIN TANGKAP 2 LELAKI JALANKAN AKTIVITI MENGEBOM IKAN

POLIS MARIN TANGKAP 2 LELAKI JALANKAN AKTIVITI MENGEBOM IKAN

SEMPORNA-13/04/2019(Sabtu) – Hasil daripada maklumat yang disalurkan oleh Unit Risikan Marin(URM), botronda PAR 3 Pasukan Polis Marin Semporna telah berjaya menahan sebuah perahu yang menggunakan enjin pam yang dijuragani oleh seorang lelaki Palauh berumur 40 tahun di perairan Kg. Halo, Semporna dalam satu operasi Op Pensura yang sedang dijalankan. Turut ditahan anak perahu seorang lelaki Palauh berumur 26 tahun merupakan rakan juragan berkenaan pada jam 5.00 petang semalam.

ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah berkata, ‘ Hasil daripada pemeriksaan lanjut ke atas perahu tersebut telah menemukan dua batang detanator dan satu kotak mancis yang disimpan didalam satu plastik hitam serta satu botol kaca berisi baja ammonia di dalam ruangan perahu tersebut yang dipercayai untuk digunakan dalam aktiviti mengebom ikan’.

Menurutnya lagi, kedua-dua suspek ditangkap dan kesemua barang salah dirampas dan dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM2,061.00. Kes disiasat dibawah Seksyen 7 (b) Akta Bahan Letupan 1957 iaitu membuat, memiliki dibawah jagaannya bahan letupan. Jika sabit kesalahan, hukuman tidak lebih dari 7 tahun penjara atau denda tidak lebih dari RM10,000 atau kedua-duanya.

Komen