POLIS MARIN TAHAN KENDERAAN BAWA BARANG KAWALAN TANPA DOKUMEN*

POLIS MARIN TAHAN KENDERAAN BAWA BARANG KAWALAN TANPA DOKUMEN*

TAWAU: 14 Mac 2019 (Khamis) – Hasil maklumat Unit Risik Marin (URM), Sepasukan anggota Pasukan Polis Marin Tawau telah berjaya menahan sebuah kenderaan Toyota Hilux membawa tong gas LPG (berisi) semasa menjalankan tugas ‘Op Landai’ di Jalan CIQ lama kira-kira jam 7.45 pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali berkata, ”Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang dipandu seorang perempuan warga tempatan berusia 66 tahun itu telah menemukan sebanyak 8 tong gas LPG (berisi) jenama MyGazz 14 kilogram (setiap 1 tong), yang disembunyikan di ruang belakang kenderaan tersebut. Pemilik kenderaan gagal menunjukkan sebarang surat atau dokumen kebenaran daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan barang yang dibawa dan mengakui secara lisan bahawa tong-tong gas tersebut untuk dibawa ke Pulau Sebatik”, kata lagi.

Perempuan tersebut ditangkap dan tong-tong gas tersebut dirampas. Turut dirampas sebuah kenderaan jenama Toyota Hilux. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM81,440.00.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Per. 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Komen