POLIS MARIN TAHAN 2 LELAKI, GAGALKAN SELUDUP KELUAR 24 TONG GAS BERNILAI LEBIH 27 RIBU RINGGIT KE INDONESIA

POLIS MARIN TAHAN 2 LELAKI, GAGALKAN SELUDUP KELUAR 24 TONG GAS BERNILAI LEBIH 27 RIBU RINGGIT KE INDONESIA

TAWAU; 19 JANUARI 2019 (Sabtu) – Bertindak atas maklumat Unit Risikan Marin (URM), Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menggagalkan cubaanmarkas operasi pasukan polis marin Tawau menyeludup keluar 24 unit tong gas bernilai 27-ribu 600-ringgit ke Indonesia selepas membuat serbuan keatas dua buah van di kawasan parkir kereta Pasar Ikan Tawau, pagi tadi.

Foto dari: fb markas operasi pasukan polis marin Tawau

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, daripada jumlah itu, 16 unit tong gas berisi 16.5kg jenama Petronas berada di dalam ruang belakang van jenis Ford sementara 8 lagi tong gas jenama Petronas dan Mygaz ditemui di van Nissan kira-kira pukul 5 dan 9 pagi.

Beliau berkata, siasatan mendapati pemilik kenderaan lelaki yang masing-masing berumur 49 dan 31 tahun telah gagal menunjukkan surat Pembelian Barang Kawalan Berjadual dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menurut ACP Mohamad Pajeri, keterangan lisan dari pemilik kedua-dua kenderaan menyatakan kesemua tong gas tersebut akan dihantar ke negara jiran (Indonesia) melalui jalan laut.

Foto dari: fb markas operasi pasukan polis marin Tawau

Katanya, kesemua suspek dan barang rampasan telah dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan Kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1967.

Sumber: fb markas operasi pasukan polis marin Tawau

Komen