POLIS MARIN RAMPAS ROKOK SELUDUP PELBAGAI JENAMA HAMPIR 3-RIBU BUNGKUS

POLIS MARIN RAMPAS ROKOK SELUDUP PELBAGAI JENAMA HAMPIR 3-RIBU BUNGKUS

TAWAU, 12 MEI 2019 (Ahad) – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 2-ribu 980-bungkus rokok seludup pelbagai jenama yang diletakkan di dalam plastik hitam di kawasan tebing laut Batu 5, pagi tadi.

Rampasan itu dibuat kira-kira pukul 5.30 pagi selepas anggota PPM yang menjalankan tugas Op Gelora menggunakan bot PAC 720
menemui berberapa longgokan plastik di tebing berkenaan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan plastik hitam berkenaan mengandungi rokok seludup jenama Gudang Garam Surya, Premium Kretek Apache, Menara Dunia, L.A Bolt, L.A Menthol Light, Premium International, Astro Menthol King dan Filter King.

Katanya, kesemua rokok bernilai 17-ribu 220-ringgit itu kemudian dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk disiasat di bawah Seksyen135(1)(e) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum 20 kali ganda daripada nilai barang atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

#BESTAWAUfm

Komen