POLIS MARIN RAMPAS DAN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP KELUAR BARANGAN KAWALAN KE NEGARA INDONESIA

POLIS MARIN RAMPAS DAN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP KELUAR BARANGAN KAWALAN KE NEGARA INDONESIA

TAWAU; 22 JANUARI 2019 (Selasa) – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya mematahkan cubaan seludup keluar pelbagai Barang Kawalan tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dipercayai cuba diseludup ke negara jiran di kawasan laut Sungai Pukul menerusi operasi ‘Op Gelora’ kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, hasil
maklumat Unit Risikan Marin (URM) PPM Tawau, Botronda PA 42 telah menahan sebuah Bot Jongkong dengan seorang juragan tempatan berumur 49 tahun membawa penuh muatan pelbagai Barang Kawalan kira-kira pukul 4 petang.

Hasil pemeriksaan ke atas jongkong tersebut telah mendapati barang-barang kawalan yang diletakkan di dalam ruangan jongkong tersebut iaitu 1,921 kilogram Minyak Masak, 720 kilogram Gula Pasir, 612 kilogram Tepung Gandum dan enam tong gas LPG jenama Petronas.

Kesemua barang-barang kawalan tersebut dirampas dan Juragan telah gagal menunjukkan sebarang Surat Pembelian Barangan Kawalan Berjadual dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan barangan yang dibawa.

Katanya, keterangan lisan dari juragan juga mengatakan semua barangan tersebut untuk dihantar ke Sungai Nyamuk, Indonesia.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Juragan serta barang rampasan termasuk jongkong dan sebuah enjin sangkut dibawa ke pangkalan ‘Markas Operasi’ PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai 41-ribu 250-ringgit.

ACP Mohamad Pajeri berkata, Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Perkara 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Gambar/foto dari fb markas operasi pasukan polis marin Tawau
Gambar/foto dari fb markas operasi pasukan polis marin Tawau
Gambar/foto dari fb markas operasi pasukan polis marin Tawau

Sumber: markas operasi pasukan polis marin Tawau

Komen